Entry: Lagu : Maafkan Kepergianku Saturday, September 03, 2005




Tak ada lagi kata yang terucap
Jangan ada lagi titis airmata
Di saat kepergianku untuk selamanya

Maafkan caraku ini
Yang tak ingin terluka
Karena diriku
Terlalu mencintaimu

Maafkan kepergianku
Yang inginkan kau bahagia
Tanpa diriku untuk selamanya

Bebi Romeo/Andi Rianto/Sony Music Entertainment Indonesia.


Is this the right way to say good bye?
I think so...

but y should I say sorry?
hmm... let me think abt it...

Hidup tak selamanya mahu berblogging. Tapi dunia blog telah banyak mengajar saya.

Erti persahabatan, dikhianati dan dilukai. Namun sebolehnya, saya tidak mahu mengingati kisah duka yang bertamu di minda, ingin saya usir memori itu sejauhnya. Biarlah yang ada dalam kotak ingatan ini yang manis-manis sahaja. Tapi kita manusia biasa, yang ingin kita usir itulah yang sering bertamu, yang ingin kita buang itulah yang seringkali hadir dan yang ingin kita lontarkan jauh itulah yang mengetuk.

Tapi sungguh! Mengenali insan-insan yang bergelar 'bloggers' juga mengajar erti mesra, erat, kekeluargaan. Saya pasti tidak akan melupakan saat-saat indah ketika turut sama membakar ayam di 'Pool Party' Geng Mak Itam, juga saat-saat manis melantit di Syed Bistro bersama Geng-geng Lantit, aktiviti bermain boling bersama Geng Kelawo di Alamanda Putrajaya, dan yang paling menyeronokkan ketika bermain buih-buih ombak di pantai Bagan Lalang bersama geng Jurnal.

Sekadar menyebut beberapa aktiviti yang saya sertai sepanjang mengenali rakan-rakan 'bloggers' yang lain.

Erti kehidupan, terlalu indah untuk di bazirkan begitu sahaja. Ada masanya membaca kisah-kisah orang lain membuatkan saya terfikir dan bersyukur di atas kurniaan Allah ke atas saya. Sekurang-kurangnya kisah hidup saya tidak setragik orang lain. Sekurang-kurangnya saya masih mampu bernafas di bumi Tuhan ini, mencari dan mengumpul sesuatu untuk di bawa pulang. Sekurang-kurangnya saya masih mampu terus berjuang walau punya banyak kekurangan dan kelemahan.

Ya, sekurang-kurangnya... dan saya perlu dan harus bersyukur di atas kekurangan itu. Bukannya menyalahkan Dia di atas kekurangan saya kerana pemberianNya adalah sebaik-baiknya ketentuan! He has made everything beautiful in its time!

Erti perkongsian. Bersama-sama geng kelawo... banyak... terlalu banyak kisah, cerita suka-duka yang kami kongsikan bersama. Mereka adalah inspirasi saya. Mereka adalah sumber ketenangan fikiran saya. Sungguh! Bersama mereka, cukuplah kalau dapat bersua muka pun... akan mampu membuatkan saya membuang segala masalah saya itu jauh-jauh. Tapi masalah harus di selesaikan bukan di biarkan begitu sahaja. Menghadapi hari-hari seterusnya, perlukan kekuatan dan mereka juga adalah sumber kekuatan saya.

Lin, saya kagum dengan sikap kuatnya. Biar telah berkali-kali dilukai dan terluka dengan orang-orang di sekelilingnya. Oh, bukan sahaja terluka dengan cinta, tapi juga dengan persahabatan. Tapi Lin lebih senang berdiam diri dari meluahkan apa yang dia rasa. Kadang-kala sukar menafsir apa yang ada dalam hati dan fikirannya. Tapi kalau benar-benar dengar apa yang di katakannya, kita akan tahu apa dia cuba sampaikan. Listen with empathy...

Awin, saya sukakan will power yang ada pada dirinya. Dia nampak tough, tapi dia fragile . Bila dia diam, maknanya dia sedang berhadapan dengan masalah dan sebolehnya dia tidak mahu menyusahkan teman-temannya. Dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalahnya tanpa libatkan orang sekelilingnya until dia rasa betul-betul down baru dia akan luahkan segalanya. Selalunya tindakannya mencerminkan apa yang dia rasa sebenarnya, namun dia tidak akan tunjuk sepenuhnya. Read between the lines...

Dale, saya sukakan sikap tenangnya. Man always calm (pujian atau kutukan? pilihlah...) Apa pun yang terjadi, mereka lebih suka bersikap acuh tidak acuh walaupun jauh di sudut hati sebenarnya dia begitu mengambil berat. Kadang-kadang tu amazed dengan keprihatinan Dale. Dale tidak suka pendam apa yang dia rasa tapi dia tidak pandai meluahkannya melalui perkataa. Dia lebih kepada tindakan. Tapi kadang-kadang tindakannya juga tidak mencerminkan apa yang dia rasa. You have to lend u eyes n ears!

Saya? Cukuplah tahu yang saya pengimbang bagi mereka dan mereka juga ada pengimbang diri saya. You have to used all the methods to know me!

Oh, cukuplah tu. :)


Pertemuan itu ketentuan dan perpisahan itu kemestian. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Moga anda hanya akan kenang yang baik-baik dan manis-manis sahaja tentang saya. Maaf andainya kehadiran saya selama ini di rasakan menganggu!

Suka-duka kehidupan kita; warna-warni rutin seharian kita yang corakkan; jatuh bangun diri kita semuanya adalah pilihan sendiri... Think and act wisely!

Hmm, mata saya pun tidak lagi mampu untuk meneruskan. Fikiran juga sudah tidak mampu berfikir jauh.

Salam sayang dan perpisahan... semoga kita akan ketemu lagi di ruangan yang lain, yang mungkin berbeza sama sekali... Insya-Allah... yang pastinya bukan di SINI...

   15 comments

bena
February 7, 2006   10:17 AM PST
 
lohh..baru gue mau berkunjung, kok sudah nutupin..
semoga sukses selalu ya bu eisya ;)
zurie
December 7, 2005   01:55 PM PST
 
+ Gathering Gengjurnal datang lagi, kali ini dengan perisa cencaluk tempoyak. Ia adalah sambutan hari besar kaum blogger ahli Gengjurnal. Gath umpama imej kita, kalau bagus akan dipuji, kalau tak bagus akan dikutuk sepanjang hayat. Bersama-samalah kita menjayakannya, ringan sama di jinjing dan berat sama dipikul. Marilah bekerjasama menjayakannya, tidak kira apa status kita dalam Gengjurnal. Gath kali ini biarlah lebih baik daripada Gath'07 dan Gath'08.

+ Tarikh dan lokasi Gathering Geng Jurnal adalah seperti yang berikut :-

Gathering Geng Jurnal 2005
Tarikh : 1 Januari 2006 (010106).
Hari : Ahad.
Masa : 2 petang - 5 petang.
Lokasi : Dewan Serbaguna Presinct 8, Putrajaya.
Pakaian : Kemas & Casual. (Tidak dibenarkan: seluar pendek, t-shirt, selipar jepun).
Bayaran : RM 38 - dewasa. RM 15 - Kanak-kanak 7-15 tahun.
Diskaun buat mereka yang membayar awal!. Hanya RM35 sekiranya anda membayar sebelum 15 Disember. Harga normal RM38 dikenakan bagi yang membayar pada/selepas 16 Disember.
Bayaran hendaklah dibuat kepada:
Akaun: Maybank Berhad
No Akaun: 114348127378
Nama Akaun: Noor Hanida binti Shaari

Maklumat lanjut di : http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4207

Lagi..maklumat lanjut seperti peta lokasi, jumlah bayaran dan pendaftaran kehadiran sila ke laman web rasmi Gathering 2005 ++ http://www.jurnal.biz/gath2005/utama.php

+ Marilah gamatkan suasana bersama Geng Jurnal....

+ Sekian, terima kaseh.
Ly
November 21, 2005   04:20 PM PST
 
taking care dear! muahsssssss
the7asmann
November 19, 2005   10:32 PM PST
 
lama tak masuk sini...dah byk tukar ek hehe...all the best dude!!
ep
November 9, 2005   08:13 AM PST
 
Perjalanan kehidupan seumpama menaiki sebuah bas. Ada yang turun dan ada juga yang naik.

Eisya, kamu memilih untuk turun di stesen ini. Bas terus meluncur.

Ep sekadar ingin mengucapkan kejayaan dalam apa jua bidang yang eisya ceburi.

Take care.
ep
November 9, 2005   08:08 AM PST
 
Perjalanan kehidupan seumpama menaiki bas. Di suatu stesen ada yang naik dan ada juga yang turun.

Eisya telah buat keputusan untuk turun. Bas meluncur terus.

Ep sekadar ingin mengucapakan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Take care!
salina
October 14, 2005   12:41 PM PDT
 
klik kat homepage utk kad raya ko.

apa pun decision ko, akak doakan yg terbaik utk ko yer? :)
kel@mbu
October 1, 2005   07:08 PM PDT
 
moga bahagia dengan apa yang difikirkan terbaik..
Mar
October 1, 2005   03:13 AM PDT
 
Aiseyy.Sya, why?Anyway, gonna miss u, dear.
kelapamuda
September 20, 2005   10:49 AM PDT
 
poyo
atoi
September 14, 2005   05:46 PM PDT
 
ya betul dunia blog banyak mengajar saya juga, erti khianat,pure2,talam dua muka, lupe kawan, bnyk saat manis bersama bloggers, bnyk gak saat manis bersama eisya. Tapi akan kan daya, haluan terpesong di tgh jalan. u take care.
Dvyina
September 4, 2005   02:55 AM PDT
 
two of my most favourite blogs are gone with the wind oledy.. september is not a very good month eh? everybody is saying buh-bye, with different kind of ways.

I'm sure gonna miss everything about ur writing. True, we'll be seeing each other still.. it's just that er, ahhh.. seriously, i'm suck in saying goodbyes; eventho babai dalam blog je :(

Best of the best, in everything. Luv u :)
superdiman
September 3, 2005   09:17 PM PDT
 
Berpisah?
Goodbye to blog?
Aisey..
dale
September 3, 2005   06:13 PM PDT
 
eisya. moga walau berpisah di dunia blog, di dunia luar tetap sama :) nanti kita kena have some sort of gath...it's abt time i think..
Op
September 3, 2005   08:59 AM PDT
 
aik nak tutup blog dah ke eisya? pi mana?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments