|
Thursday, September 01, 2005
Penat + Letih = Tidur Mata dah separuh terpejam... separuh terbuka... Kepala dah berat... pening, sarat dengan pelbagai kerja dan tugasan yang perlu di selesaikan. Badan dah letih kerana lebih banyak duduk dan berdiri dari berbaring... Rasanya sebelum saya merebahkan kepala di hadapan monitor ini... ada baiknya saya berehat di tempat yang sewajarnya. Oh, tiba-tiba fikiran melayang teringatkan seseorang yang saya temui beberapa hari yang lalu. Kata kak Seri... Cinta itu ibarat aiskrim, nikmatinya sebelum cair..." Itu catatan beliau utk saya pada halaman kosong kedua pada buku beliau; Cintamu Di Hati. Bukan setakat cinta... tapi juga kehidupan... pssttt... kak Seri, THANKS!
|
|||||||